Monday 23 October 2017

BERKHATAN

Berkhatan merupakan ritual bagi semua anak2 lelaki muslim. Ianya dilakukan seawal selepas lahir hingga keumur sebelum baligh. Namun rata2 memilih untuk khatan (bersunat) anak masing2 di umur antara 7 hingga 10 tahun kerana mudah untuk ibu bapa memberi semangat disamping berpeluang untuk mengadakan sambutan samada sendirian atau beramai2 bagi tujuan tersebut. Ianya seakan pesta dengan jamuan kenduri,pakaian indah disamping semburan air oleh pihak bomba sebelum berkhatan.

Kami menyediakan pekej khatan individu & Beramai2 sepanjang masa. Anda hanya perlu menghubungi kami untuk temu janji :
    TEKNIK : Teknik terkini yg diguna pakai ialah dengan kaedah “THERMAL CAUTERY” (Pisau Haba). Melalui kaedah ini, pemotongan dibahagian hujung kulit kemaluan akan lebih mudah dan mengurangkan risiko perdarahan yg banyak.

    BIUS : Jenis Bius yg digunakan ialah “bius setempat” (Local Anaesthesia) dimana suntikan akan dibuat dibahagian kulit dipangkal kemaluan untuk mendapatkan efek kebas yang hampir maksima sebelum khatan dilakukan.

    KOMPLIKASI:
    SAKIT: Rasa pedih akan dialami bila efek bius/kebas mula berkurangan. Ini adalah satu pengalaman yg mesti dilalui oleh anak anda untuk tempoh masa antara 2 hingga 3 jam (namun ada juga yg dapat melaluinya dengan sakit yg minima). Ubat yg dibekalkan hanyalah untuk membantu melegakan sedikit tahap kesakitan dalam jangka waktu tersebut.

    PERDARAHAN : Perdarahan mungkin berlaku selepas proses berkhatan, biasanya satelah pesakit sampai kerumah, namun ianya tidaklah sesuatu yg kritikal sehingga membawa maut
    .
    BUTA’ : Satu istilah yg mana bahagian kepala kemaluan kanak yg nak dikhatan masih diselaputi dan melekat dengan kulit nipis bahagian dalam dan ianya mesti ditarik sedikit bagi menampakan seluruh bahagian kepala kemaluanya.

    KUDIS : Sebahagian besar kanak yg ‘BUTA’ kemaluanya akan mendapat kudis dibahagian kepala kemaluan selepas dikhatankan disebabkan oleh proses diatas (3.c) dan ianya perlu dijirus selalu dengan menggunakan larutan antiseptic yang bekalkan.
    LEBAM & BENGKAK : Keadaan ini berlaku disebabkan oleh kesan dari suntikan Ubat bius disekeliing kulit zakar anak anda dan ianya mengambil masa untuk surut bergantung kepada sebanyak mana ubat bius tersebut disuntik.
    ALERGI : Anak anda akan dibekalkan dengan ubat antibiotik & ubat penahan sakit untuk membantu penyembuhan. Namun walau pun jarang, terdapat kanak2 yang mungkin mengalami Alergi terhadap antibiotic & ubat tahan sakit tersebut.
    Adalah menjadi tanggung jawab Ibu bapa melapurkan kepada pihak KPMC jika terdapat anak2 mereka yg mempunyai sejarah Alergi atau G6PD kepada apa2 jenis ubat untuk mengelakanya dari berlaku.
    PENJAGAAN :
    UBAT : Ubatan tahan sakit dan antibiotik hendaklah diambil sebagaimana yg dinasihatkan.

     KEBERSIHAN: Bahagian luka yg telah dikhatan hendaklah sentiasa dijaga kebersihanya                                terutama sekali setiap kali selepas kencing.

      MANDI : Anak anda dibolehkan mandi seluruhnya pada hari ke4 dan seterusnya.

      MAKANAN : Anak anda tidak perlu berpantang makan KECUALI sememangnya
                             diketahui Alergi kepada sesuatu jenis makanan sebelum ini.


            Hubungi/ sms/wassap kami di : 0123237789, 0146696580